Pengenalan

Pusat Kemahiran IT Base diperakui sebagai Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran yang dahulunya Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) pada tahun 2001 dengan menggunakan nama I.T.B. Computer Centre sebagai nama Pusat Bertauliah yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Menukar nama Pusat Bertauliah I.T.B. Computer Centre kepada nama Pusat Kemahiran IT Base secara rasminya 22 Oktober 2007. Merupakan sebuah Pusat Pendidikan Kemahiran swasta yang pertama di Parit Raja serta kami menyediakan dan melahirkan sumber manusia mengikut keperluan semasa.

Pengiktirafan

“Mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 4 (DKM) dan ke atas setaraf dengan aliran akademik. Berkhidmat di sektor awam, manakala bagi mereka yang berkhidmat di sektor swasta dapat menikmati gaji setaraf dengan pemegang Diploma”.

Peluang Pekerjaan

Lebih 7000 jawatan kosong elektrik untuk tahun 2011-2015 di Iskandar Malaysia.

Pinjaman

Pembiayaan pinjaman pelajaran dan sara hidup (RM400 sebulan) oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Kemudahan

Asrama disediakan untuk yang layak.

Diploma Rekabentuk Produk Industri

Program ini telah mendapat pengiktirafan penuh daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Rekabentuk Produk Industri adalah satu bidang kemahiran yang berkaitan dengan rekabentuk serta pembangunan sesuatu produk dengan menggunakan perisian seperti Solidworks dan MasterCAM yang kebanyakkannya digunakan di industri.

Mengeluarkan pelatih dalam bidang Rekabentuk Industri yang akan membantu membangunkan kemahiran personal dan profesional serta keupayaan kognitif yang perlu untuk kerjaya yang dipilih. Menyediakan peluang untuk memudahkan pembangunan pengetahuan pemikiran senireka, membina pertimbangan yang kukuh, kritikal dan pemahaman kontekstual bersesuaian dengan amalan profesional. Meningkatkan pertumbuhan perekabentuk serta usahawan bumiputera yang mempunyai pengetahuan serta kemahiran secara teori dan praktikal di dalam Rekabentuk Produk Industri yang akan mengamalkan kemahiran mereka sejajar dengan pembelajaran yang telah dipelajari. Mengeluarakna pelatih yang kreatif dan inovatif yang berupaya mengoptimumkan penggunaan teknologi di dalam rekabentuk produk, ciptaan dan inovasi. Melengkapkan pelatih dengan kemahiran kreatif bagi menghadapi cabaran dunia yang pesat berubah.

  • Tahap 2 – 6 bulan (berada di pusat latihan)
  • Tahap 3 – 12 bulan (9 bulan di pusat latihan dan 3 bulan latihan industri)
  • Tahap 4 – 15 bulan (12 berada di pusat latihan dan 3 bulan latihan industri)
  • Berkelulusan PT3/PMR/SRP/SPM/STPM/SPM(V)/STAM.
  • Berumur 15-30 tahun.
  • Warganegara Malaysia.
  • Sihat tubuh badan.
  • Tidak terlibat dengan jenayah serta penyalahgunaan dadah.
  • Pelajar mesti “Lulus Terampil” dalam peperiksaan akhir.

Diploma Elektrik

Program ini mendapat pengiktirafan penuh dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK, dahulunya MLVK) ditambah dengan kepakaran yang kami telah ada berjaya menghasilkan 80% graduan yang mendapat pekerjaan di organisasi swasta dan kerajaan diseluruh Malaysia.

Kursus ini memberi penekanan kepada latihan teori dan amali dalam merebentuk dan membuat anggaran kos bagi kerja-kerja elektrik, menggunakan peralatan ujian dan perlindungan pemasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan, membuat pemasangan dan pemeriksaan bekalan elektrik, bekalan kecemasan, pengulang-alik, kotak kawalan janakuasa dan kemahiran penyeliaan kerja-kerja berkaitan elektrik.
  • Tahap 2 – 12 bulan (berada di pusat latihan)
  • Tahap 3 – 12 bulan (berada di pusat latihan)
  • Tahap 4 – 18 bulan (15 berada di pusat latihan dan 3 bulan latihan industri)
  • Berkelulusan PT3/PMR/SRP/SPM/STPM/SPM(V)/STAM.
  • Berumur 15-30 tahun.
  • Warganegara Malaysia.
  • Sihat tubuh badan.
  • Tidak terlibat dengan jenayah serta penyalahgunaan dadah.
  • Bagi Program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) mesti mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang yang berikut :
    i) NOSS C-051-3 = Juruteknik Elektrik Kanan.
    ii) NOSS EE-320-3 = Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik – Tiga Fasa.
  • Pelajar mesti “Lulus Terampil” dalam peperiksaan akhir.

Kimpalan

Program ini telah mendapat pengiktirafan penuh daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Kursus ini memberi penekanan kepada pelajar untuk memperolehi pelbagai kemahiran untuk melaksanakan segala kerja kimpalan dari 1G hingga 6G termasuk 1F hingga 4F serta pemotongan logam seperti carbon steel (cs) dan stainless steel (ss) menggunakan peralatan khas kimpalan dan pemotongan.

  • Tahap 3 – 18 bulan
  • Berkelulusan PT3/PMR/SRP/SPM/STPM/SPM(V)/STAM.
  • Berumur 15-30 tahun.
  • Warganegara Malaysia.
  • Sihat tubuh badan.
  • Tidak terlibat dengan jenayah serta penyalahgunaan dadah.
  • Pelajar mesti “Lulus Terampil” dalam peperiksaan akhir.

Kenapa Pilih Kami?

      • Pembelajaran Dalam Bentuk Praktikal (amali) sebanyak 70% dan teori sebanyak 30%.
      • Bahasa Penghantar Di Dalam Bahasa Malaysia.
      • Diploma di iktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
      • Pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
      • Pusat Kemahiran IT Base terletak di pekan Parit Raja yang mempunyai pelbagai kemudahan awam.

Testimoni Pelajar

Saya mengambil kursus Diploma Rekabentuk Produk Industri. Selepas Tahap 3 di IT Base, saya bekerja di Malaysia Marine And Heavy Engineering (MMHE), Pasir Gudang dan sekarang berada di Tahap 4 untuk sambung pelajaran saya di sini. Selepas tamat Tahap 4 ini, saya akan kembali ke MMHE semula.
Al Yasir Bin Hamdi, Batu Pahat
Saya bekas pelajar Pusat Kemahiran It Base, mengambil kursus Diploma Rekabentuk Produk Industri sehingga tahap 4. Selepas Tahap 4 di IT Base, saya bekerja sebagai Designer di AE Automotion (M) Sdn. Bhd. Batu Pahat.
Rina Binti Abdul Hamid, Batu Pahat
Saya mengambil kursus Diploma Rekabentuk Produk Industri sehingga Tahap 4. Selepas Tahap 4 di IT Base, saya bekerja sebagai Penolong Engineering di Kyocera Telecom Equipment (Malaysia) Sdn. Bhd. Masai.
Mohammad Fitri Firdaus B. Amb Mosik, Masai
Saya mengambil kursus Sijil Rekabentuk Produk Industri sehingga Tahap 3. Selepas Tahap 3 di IT Base, saya bekerja sebagai Drafter Designer di Sime Darby Engineering Sdn. Bhd. Pasir Gudang.
Mohamad Zulfika Bin Abd Khalid, Pasir Gudang
Saya mengambil kursus Sijil Rekabentuk Produk Industri sehingga Tahap 3. Selepas Tahap 3 di IT Base, saya bekerja sebagai Penolong Engineering di Jotech Metal Fabrication Industries Sdn. Bhd. Ulu Tiram.
Mohd Izwan Shah Bin Zainal Abidin, Ulu Tiram
Saya mengambil kursus Sijil Rekabentuk Produk Industri sehingga Tahap 3. Selepas Tahap 3 di IT Base, saya bekerja sebagai Pelukis Pelan di Step Consultant Johor Bahru.
Muhamad Ashraf Bin Muhamad Razak, Johor Bahru
Saya mengambil kursus Sijil Rekabentuk Produk Industri sehingga Tahap 3. Selepas Tahap 3 di IT Base, saya bekerja sebagai Penyelia Tapak di Geolab Sdn. Bhd. Johor Bahru.
Mohd Razak Bin Tajudin, Johor Bahru