Pengenalan

Pusat Kemahiran IT Base diperakui sebagai Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran yang dahulunya Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) pada tahun 2001 dengan menggunakan nama I.T.B. Computer Centre sebagai nama Pusat Bertauliah yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Menukar nama Pusat Bertauliah I.T.B. Computer Centre kepada nama Pusat Kemahiran IT Base secara rasminya 22 Oktober 2007. Merupakan sebuah Pusat Pendidikan Kemahiran swasta yang pertama di Parit Raja serta kami menyediakan dan melahirkan sumber manusia mengikut keperluan semasa.

Pelatih Sasaran

Khas Untuk Golongan Bekerja

Waktu Kelas

Kelas Pada Waktu Malam

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Program Kemahiran Kerajaan (Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia) yang baru dilancarkan.

Pencapaian

Tahun 2011, jumlah tenaga mahir adalah 23%, menjelang 2015 negara perlu mencapai sasaran 37% tenaga mahir untuk berstatus negara maju pada tahun 2020.

Diploma Rekabentuk Produk Industri

Program ini bertujuan bagi meningkatkan kelayakan (Qualification Upgrading) dalam bidang yang dikenal pasti oleh industri iaitu secara :

  • Reskilling – Menjalani Latihan Kemahiran semula untuk mempertingkatkan kemahiran sedia ada.
  • Multiskilling – Menjalani Latihan Kemahiran baru untuk menyokong kemahiran sedia ada.
  • Upskilling – Menjalani Latihan Kemahiran untuk meningkatkan tahap kemahiran dari tahap sedia ada kepada tahap yang lebih tinggi.
Pekerja yang tidak mempunyai kemahiran atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tetapi mempunyai pengalaman bekerja dan bertujuan bagi mendapatkan SKM melalui kaedah Pencapaian Penilaian Terdahulu (PPT). Pekerja yang mempunyai SKM tahap 1, 2, atau 3 tetapi memerlukan latihan semula di dalam bidang lain. Pekerja yang memerlukan bagi tujuan kenaikan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi tetapi memerlukan latihan dalam jawatan kenaikan pangkat. Pekerja-pekerja yang diberhentikan di bawah Voluntary Seperation Scheme (VSS) disebabkan pengecilan atau penutupan industri akibat dari kegawatan ekonomi dan ingin mendapat latihan semula atau meningkatkan latihan sedia ada bagi membolehkannya mendapat pekerjaan lain. Pekerja yang bekerja sendiri (self employed) yang ingin mendapat latihan kemahiran bagi memperoleh sijil latihan secara formal atau untuk meningkatkan perusahaannya.

  • Tahap 2, 9 bulan (malam)
  • Tahap 3, 9 bulan (malam)
  • Warganegara Malaysia.
  • Kelayakan umur adalah sehingga 44 tahun pada tahun permohonan.
  • Tiada syarat pendapatan ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon dibawah program ini.
  • Telah bekerja di alam pekerjaan sekurang-kurangnya 6 bulan.
  • Pemohon bukan terdiri dari golongan pengurusan dan profesional.
  • Tidak mendapat mana-mana tajaan agensi kerajaan atau institusi kewangan yang lain.
  • Pelajar mesti “Lulus Terampil” dalam peperiksaan akhir.

Diploma Elektrik

Program ini bertujuan bagi meningkatkan kelayakan (Qualification Upgrading) dalam bidang yang dikenal pasti oleh industri

Pekerja yang tidak mempunyai kemahiran atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Pekerja yang mempunyai SKM tetapi memerlukan latihan semula di dalam bidang lain. Pekerja yang memerlukan bagi tujuan kenaikan pangkat, pekerja-pekerja yang diberhentikan di bawah Voluntary Seperation Scheme (VSS) dan pekerja yang bekerja sendiri.
  • Tahap 1, 9 bulan (malam)
  • Tahap 2, 9 bulan (malam)
  • Tahap 3, 9 bulan (malam)
  • Warganegara Malaysia.
  • Kelayakan umur adalah sehingga 44 tahun pada tahun permohonan.
  • Tiada syarat pendapatan ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon dibawah program ini.
  • Telah bekerja di alam pekerjaan sekurang-kurangnya 6 bulan.
  • Pemohon bukan terdiri dari golongan pengurusan dan profesional.
  • Tidak mendapat mana-mana tajaan agensi kerajaan atau institusi kewangan yang lain.
  • Pelajar mesti “Lulus Terampil” dalam peperiksaan akhir.

Kenapa Pilih Kami?

      • Pembelajaran Dalam Bentuk Praktikal (amali) sebanyak 70% dan teori sebanyak 30%.
      • Bahasa Penghantar Di Dalam Bahasa Malaysia.
      • Diploma di iktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
      • Pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
      • Pusat Kemahiran IT Base terletak di pekan Parit Raja yang mempunyai pelbagai kemudahan awam.

Testimoni Pelajar

Saya mengambil kursus Diploma Rekabentuk Produk Industri. Selepas Tahap 3 di IT Base, saya bekerja di Malaysia Marine And Heavy Engineering (MMHE), Pasir Gudang dan sekarang berada di Tahap 4 untuk sambung pelajaran saya di sini. Selepas tamat Tahap 4 ini, saya akan kembali ke MMHE semula.
Al Yasir Bin Hamdi, Batu Pahat
Saya bekas pelajar Pusat Kemahiran It Base, mengambil kursus Diploma Rekabentuk Produk Industri sehingga tahap 4. Selepas Tahap 4 di IT Base, saya bekerja sebagai Designer di AE Automotion (M) Sdn. Bhd. Batu Pahat.
Rina Binti Abdul Hamid, Batu Pahat
Saya mengambil kursus Diploma Rekabentuk Produk Industri sehingga Tahap 4. Selepas Tahap 4 di IT Base, saya bekerja sebagai Penolong Engineering di Kyocera Telecom Equipment (Malaysia) Sdn. Bhd. Masai.
Mohammad Fitri Firdaus B. Amb Mosik, Masai
Saya mengambil kursus Sijil Rekabentuk Produk Industri sehingga Tahap 3. Selepas Tahap 3 di IT Base, saya bekerja sebagai Drafter Designer di Sime Darby Engineering Sdn. Bhd. Pasir Gudang.
Mohamad Zulfika Bin Abd Khalid, Pasir Gudang
Saya mengambil kursus Sijil Rekabentuk Produk Industri sehingga Tahap 3. Selepas Tahap 3 di IT Base, saya bekerja sebagai Penolong Engineering di Jotech Metal Fabrication Industries Sdn. Bhd. Ulu Tiram.
Mohd Izwan Shah Bin Zainal Abidin, Ulu Tiram
Saya mengambil kursus Sijil Rekabentuk Produk Industri sehingga Tahap 3. Selepas Tahap 3 di IT Base, saya bekerja sebagai Pelukis Pelan di Step Consultant Johor Bahru.
Muhamad Ashraf Bin Muhamad Razak, Johor Bahru
Saya mengambil kursus Sijil Rekabentuk Produk Industri sehingga Tahap 3. Selepas Tahap 3 di IT Base, saya bekerja sebagai Penyelia Tapak di Geolab Sdn. Bhd. Johor Bahru.
Mohd Razak Bin Tajudin, Johor Bahru